#AMANZ24 - Nokia 3.4 Bakal Tiba, MSI Modern Kini Hadir Dengan Cip Intel Tiger Lake, Lenovo Yoga 7i
Macpie Distribution melaporkan Nokia 3.4 bakal tiba di pasaran tempatan. Ia membawakan skrin 6.39-inci, dijana cip Snapdragon 460 dan kamera utama 13+5+2-megapixel. Buat masa ini, tarikh dan harga jualan peranti masih tidak diketahui. Lenovo Yoga Slim 7i Carbon akan memasuki pasaran tempatan pada harga bermula RM4399. Untuk spesifikasi yang ditawarkan adalah pilihan Intel Core i5 dan i7 generasi kesebelas dan juga dikuasakan cip grafik Intel Iris Xe. Selain itu, MSI telah memperkenalkan siri komputer riba MSI Modern dengan janaan CPU Intel Tiger Lake. Model yang ditawarkan adalah MSI Modern 14, MSI Modern 15 14-inci dan MSI Modern 15 15.6-inci. Untuk Modern 14, ia menawarkan pilihan GPU NVIDA GeForce MX450 dan Intel Iris Xe. Manakala Modern 15 pula hanya menampilkan kad grafik NVIDIA GeForce MX450 sahaja. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga bermula RM3699. Mozilla mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan Adobe Flash pada Firefox bermula 26 Januari 2021 kelak. Dengan perubahan ini, tiada lagi kandungan Flash yang boleh diakses melalui Firefox selepas tarikh tamat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia mengumumkan akan memperkenalkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2021-2023. Ia bagi memastikan ekosistem teknologi dan inovasi tempatan mempunyai garis masa yang jelas dan nyata. Akhir sekali, KWSP mengingatkan yang mana tiada sebarang aplikasi khusus dibangunkan khusus untuk i-Sinar. Untuk sebarang semakan, pengguna diminta memuat-turun aplikasi rasmi i-Akaun KWSP.